24 February 2012

Makna Bacaan Dalam Solat

Setiap hari kita solat tetapi tahukah kita makna bacaan dalamnya? Fahamilah setiap bacaan dalam solat untuk membantu mendapat solat yang khusyuk dan kemanisan melakukan solat. Di sini disertakan maksudnya.

1. Allahu Akbar
Allah Maha Besar

2. Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

3. Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

4. Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

5. Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

6. Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

7. Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

8. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, cukupilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

9. Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

10. Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

11. Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup keNerakamu... .kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

27 July 2009

Hadis-hadis berkaitan puasa Ramadhan

1. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah s.w.t tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya." (Hadis Riwayat Bukhari)

2. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Semua amal anak Adam dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 hingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Adapun puasa itu adalah untuk Allah dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian." (Hadis Riwayat Muslim)

3. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Bagi orang melaksanakan puasa, baginya ada dua saat kegembiraan iaitu pertama, pada waktu berbuka dan kedua, sewaktu menghadap Ilahi."

06 May 2009

Hadis Pilihan

Bab basuh tangan apabila bangun tidur

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ ان النبى صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
قَالَ اِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُم مِنْ نَوْمِهِ فَلا يَغْمِس يَدَهُ
فِى الا نَاءِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلاثًا فَاِنَّهُ لايَدْرِى
أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ


Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila bangun dari tidur, maka janganlah ia menyelamkan tangannya
ke dalam air sebelum di basuh lebih dahulu tiga kali, kerana waktu
tidur dia tak tahu dimana tangannya terletak".

Hadis sahih riwayat Muslim

Ketaatan yang dituntut oleh Islam

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Tidak boleh taat kepada seseorang dalam melakukan maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu dalam melakukan kebaikan


Riwayat Al-Bukhari dan Muslim